Mahkamah Rayuan hari ini memberikan pampasan RM56,000 kepada bekas juruhebah radio Khairu Norliza Khairudin selepas memutuskan beliau dipecat secara salah pada 2018. Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Lee Swee Seng dan Azimah Omar, serta Hakim Mahkamah Tinggi Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat perintah itu selepas membenarkan rayuan Khairu Norliza terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengetepikan pampasan yang diberikan Mahkamah Perusahaan.

Related Posts